Dingin bayu menghembus di balik hening malam,
Kaca mata tiada penat merenung,
Bualan yang sepi kini kian rancak membarisi,
Tiada gugup,
yang ada hanya senyum tawa,
dan penuh pesanan buat diri
..
Tiada sedar hati ini,
Sebelumnya mengadu sepi,
tapi seolah riang tiada henti,
Adakah imaji atau realiti hati??
01:31AM,09/11/2014 ,Pangsapuri Anggerik
Showing posts with label Hati. Show all posts
Showing posts with label Hati. Show all posts
Saturday, November 8, 2014
Tuesday, May 20, 2014
Tiada Kegusaran
Saat bersedih pasti menjadi hiba,
Saat menangis pasti merasa derita,
Perasaan mana mungkin dilihat,
Andai diluah,
Sepenuh rasa belum tentu dipenuhi pemahamannya,
Andai dipapar,
Barangkali dituduh provokasi,
Pemohon simpati tidak terkecuali,
Jangan lupa,
pengubat hati,
penyembuh perasaan,
Kembalilah pada yang menciptanya,
Mana mungkin Yang Mencipta benci melihat ciptaanNya..
Jangan pernah gusar....
Puisi Hati Di Kala Sepi
Di kala sepi,
meniup rindu
Di kala rindu,
bermulanya puisi,
Manakan bisa berubah andai hati sudah memiliki,
manakan mahu mencintai andai hati tidak ingin pergi,
Fikiran dan hati mana mungkin bercantum menjadi satu,
Jika dikuasai salah satunya pasti
yang ditindas kesakitan menahan derita
meniup rindu
Di kala rindu,
bermulanya puisi,
Manakan bisa berubah andai hati sudah memiliki,
manakan mahu mencintai andai hati tidak ingin pergi,
Fikiran dan hati mana mungkin bercantum menjadi satu,
Jika dikuasai salah satunya pasti
yang ditindas kesakitan menahan derita
Subscribe to:
Posts (Atom)

