Saturday, March 2, 2013

Forum Amal Perdana Sayonara Jahiliyyah

Assalamualaikum dan salam sejahtera..alhamdulilah Allah masih mengurniakan kudrat dan masa utk saya menyampaikan sedikit sebanyak perkongsian ilmu di sebalik kesibukan yang melanda saya.
Seperti yang tertera, pada 2 mac 2013, saya telah ditakdirkan utk hadir ke forum ini.Keinginan saya nampaknya direalisasikan oleh Allah..Forum ini telah diadakan di IPG KPI di seksyen 9,bangi...Ahli panelnya ialah Ustaz Don, Diana Amir, Hilal Asyraf dan moderator nya ialah Amin Idris.
SELINGAN DARIPADA FORUM INI:-
-jahiliyyah bukan skdr bermaksud bodoh
-Tak akan berzina penzina itu ketika ia sdang beriman, tak akan mencuri pncuri itu tika dia beriman, tak akan minum arak seseorg itu jika ia sedang beriman
-Hijrah bukan sekadar terletak pada satu tarikh sahaja tapi ia adalah setiap masa
-Allah sudah menceritakan segalanya di dalam Al-Quran
-Surah Al-fatt:20
-Kafir maksudnya ingkar..bukan bermaksud bukan islam
-Dengan mengingati allah hati akan tenang
-Dengan mencintai yang dicintai apa yang dia cintai
-Kalau kita nak hijrah kita buat keputusan bukan buat alasan..Insyallah akan hadir sakinah
-Memang ya kejahatan mudah hadir kepada diri kita tapi mudah juga kebaikan hadir disebalik itu
-Zaman kini Allah banyak memudahkan kita, dari segi beramal, dari segi beribadat, dari segi berdakwah dll
-Ayat yang pertama turun bukan menyuruh kita terus beriman tapi kita  perlu membaca
-Kisah Nabi Nuh yang berdakwah bertahun-tahun
-Life is about choices.
-Lebih baik kita terus menerus mencari rahmatNya daripada terus memikirkan dosa2 silam sehingga kita lupa apa yang perlu kita lakukan untuk penghijrahan kita
-Sesungguhnya benda yang baik akan menghapuskan benda yang jahat
-Org yg putus asa ialah org yg kafir
-Hidayah adalah miliknya
-Cara mohonnya ialah cinta kepada Nabi dan.perlu ada melaksankannya
-Kisah pembunuh yang membunuh 100 org yg dlm usaha mencari taubatnya
-Biar mati dalam usaha mencari taubat bukan mati dalam lupa mencari taubat
-Apa perkara yg berlaku berbalik lah kita kepada Alquran dan AsSunnah
-Ubat hati (baca alquran dan makna, berpuasa, duduk dengan org soleh, sembahyang malam,)

Dan juga, ketika sesi bertanya soalan, soalan saya telah dikemukakan kepada ahli panel Hilal Asyraf..Daripada kira-kira 46 soalan yang dikemukan, soalan saya terpilih...alhamdulilah..Pada awalnya saya berharap soalan saya dijawab oleh Ustaz Don, namun perjelasan daripada Hilal Asyraf nampaknya juga turut menjawab persoalan saya iaitu, jika seseorg itu hendak berhijrah tetapi dia masih lagi melakukan perkara kejahilan, bagaimana itu dan apa yg perlu dilakukan?..Jawab beliau, rujuk kembali kepada pembacaan ilmu yg mana ayat yang pertama sekali diturunkan menyuruh kita untuk membaca...beliau turut menegaskan bahawa lebih baik kita mati dalam mengejar taubat berbanding mati dalam lupa mengejar taubat..beliau memetik kisah pembunuh yang membunuh 100 org kerna dalam usaha mencari taubat...
Selepas selesai program keinginan untuk bersalam dengan Hilal Asyraf dan Ustaz Don terbantut kerna ada sesi pengambaran bersama ajk-ajk program..jika hendak menunggu memang tidak pulang ke uniten lah nampaknya..jadi saya pun beransur keluar dari majlis itu..ketika dalam perjalanan untuk keluar baru saya sedar sungguh ramai yang hadir ke program ini terutamanya para golongan wanita..masyallah cantik-cantik belaka...sukar untuk digambarkan..benarlah apa yang diperkatakan..andai dipelihara permata itu maka menyinar lah ia..perempuan itulah permatanya...jadi saya cepat-cepat pergi ke motorsikal saya...kalau tidak , terpukau dibuatnya melihat permata-permata tu..huhu..harap-harap bakal isteri saya juga seperti itu..amin..hehe
Jadilah begitulah sahaja penceritaan saya untuk program forum ini.Sesungguhnya andai terdapat kesilapan dalam penulisan saya, tegurlah..saya bukanlah insan yang sempurna dalam aspek agama ini dan lain-lain..insyallah teguran itu dapat saya manfaatkan..dan segala kebenaran yang disampaikan itu sesungguhnya daripada Yang Esa...saya ini cuma pengantara sahaja... Moga berjumpa di lain masa..Insyallah..Tingkatkan takwa mantapkan iman...Assalamualaikum:)


No comments:

Post a Comment