Assalamualaikum dan salam sejahtera
Pada 9hb Februari -11hb Februari 2013, aku terlibat menjadi fasilitator bagi Program Pembangunan Huffaz bagi pelajar tahfiz kejuteraan Uniten. Pada asalnya, aku bercadang untuk pulang ke Ipoh kerana nak menghabiskan cuti beberapa hari bersama keluarga tapi tiba-tiba tergerak hati untuk menerima permintaan pensyarah aku untuk menjadi fasilitator. Akulah satu-satunya pelajar Program Pelajar Cemerlang yang jadi fasilitator..yang lain tu semua pelajar tahfiz kejuteraan.Jadi agak janggal jugak lah.Entah tak tahu kenapa..tapi selepas dah kenal selama program nie aku jadi ok sangat dengan dieorang.
Dan untuk selama program nie aku rasa seronok sangat jadi fasilitator..Semua perjalanan program berjalan dengan lancar, dan aku juga ditugaskan sekali untuk menjadi pengerusi majlis dan ternyata ia dah sedikit sebanyak membantu aku menghilangkan gemuruh aku bercakap di hadapan khalayak ramai selepas sekian lama tak buat macam tu....huhuhu....aku juga seolah mendapat kesedaran tentang perlunya mendalami islam..yup, ternyata penghayatan aku terhadap islam masih tidak cukup...islam bukan sekadar beribadah, islam bukan sekadar menutup aurat, tetapi islam adalah segala-galanya...
Bagi para penghafaz Al-Quran, aku berharap sangat korang dapat memelihara Hafazan korang..Bukan aku nak menasihat suka-suka jew...Mesti ada yang kata, "Kau apelah sangat nak tegur kiteorg kan"..takpelah aku tak kisah cuma aku cuma nak cakap yang aku jenis yang tak mampu menghafaz sehebat korang semua..Setiap manusia ada kelebihan dan kelemahan masing-masing bukan??Jadi aku pown rasa macam tu. Aku rasa sangat rugi sebab tak mampu nak jadi penghafaz Al-Quran kerana kebanyakan para ulama dan tokoh-tokoh islam semuanya hafaz Al-Quran....jadi antara kunci utama untuk menjadi orang yang berjaya di sepanjang zaman adalah menjadi orang yang menghafaz Al-Quran dan memahaminya...Jadi sangat rugi sekiranya korang melepaskan peluang yang telah Allah sediakan untuk korang ini..Mungkin ini kelebihan dunia..tapi apetah lagi kelebihan di akhirat sana..Masyallah..
No comments:
Post a Comment