Masjid Uniten, :-
-kisah abu zhar menghina Bilal kerna kehitamannya
-Surah Al Baqarah ayat 86
-Takbur dan sombong adlah sikap yg perlu dhpuskn utk mndapat keredhaan Allah
-Hapuskan sikap ini bgi mengelakkan kita dari dicela Allah ketika hari pmbicaraan
-Sikap sombong mmbuatkan kita mmdang rendah pada org lain
-Contohnya sikap sombong Firaun
-Sikap sombong mmbuatkn kita menolak kebenaran shingga merasakan kita lbih mulia dri kbnaran
-Kebenaran adalah hak mutlak Allah biarpun ia datang dri pelbagai saluran
-Tidak akan masuk syurga org yg didalam hatinya sikap sombong biarpun sebesar zarah
-Sesungguhnya sombong itu ialah menghina org lain dan menolak kbenaran
-Sesungguhnya Allah menyukai perkara2 yang indah dan cantik
-Org yg sombong diktekn akan dbangkitkan di bawah telapak org yg dia hina dahulu
-Apabila kita merendahkn diri kita kerna Allah , maka Allah mengangkat diri nya kelak
-Pilihlah perkataan yang baik untuk diperkatakan
-Sikap2 buruk itu hanya membawa kita kepada kehancuran
Thursday, February 28, 2013
Selingan khutbah jumaat 1 mac 2013:-
Thursday, February 21, 2013
Selingan khutbah jumaat pada hari ini
-Batu yang keras pun mampu dbntuk namun skrnya mmbntuk hati jika kerasnya lagi bbnding btu
-Surah AlBaqarah: 74
-Allah menyuruh kita melihat alam sekitar dlm merenung kpade kebesaranNya
-Surah Al-imran :190-191
-Kita ialah khalifah di alam ini
-Khalifah yang mengatur segala pengurusan di alam ini
-Islam memuliakan alam sekitar
-Nabi melarang kita mencemarkn alam sekitar
-Kini, azab kita diterima lantaran keegoaan kita merosakkan alam sekitar
-Jgn kita beralasan dengan perkara yang kita mampu lakukan
-Allah sangat menyukai kebajikan, kebersihan, murah hati
-alam kini menderita..derita mereka membawa azab kepada kita
-Haiwan yg kecil mampu mendatangkan azab kepada ribuan manusia
-Meseg ujian Allah melalui nyamuk
-Surah Al-Rum :41
-Allah mendatangkan sedikit azab kepada kita sbg peringatan kerna ada azab yang lebih besar menanti kita kerna kemurkaan kita
-Dunia tercemar kerna iman yg tercalar
-umat islam kini kurang sensitif terhadp isu kebersihan
-Surah Al-Mudasir :1-5
-Semua memainkan peranan dlm mmberi peringatan
-Allah tidak mngubah suatu kaum melainkan kaum itu yang mengubah diri mereka sndiri
Saturday, February 16, 2013
renungan selepas menonton 'Suamiku Jururawat'
Semalam aku ada menonton telemovie tak silap cerita 'Suamiku Jururawat'...perjalanan cerita dia best..penuh komedi jugak lah...kalau bagi yang rasa cerita nie tak kelakar, its ok sebab org berlainan citarasa kan???huhuhu..ada moral jugak citer nie kalau ditelusuri betul-betul..huhuhu..yup, antaranya kita takkan tahu bila masa kita akan benar-benar menyayangi dan mencintai seseorang....kadang-kadang orang yang paling benci tu jugak boleh menjadi orang yang paling kita tak nak hilang...dan senakal-nakal seseorang tu tak bermakna dia sengaja menyakat..mungkin mudah jew kita nak melabel seseorang..tapi sebenarnya kita perlu melihat perbuatan dia terlebih dahulu..mungkin ada mesegnyer
Fasilitator unruk Program Pembangunan Huffaz
Pada 9hb Februari -11hb Februari 2013, aku terlibat menjadi fasilitator bagi Program Pembangunan Huffaz bagi pelajar tahfiz kejuteraan Uniten. Pada asalnya, aku bercadang untuk pulang ke Ipoh kerana nak menghabiskan cuti beberapa hari bersama keluarga tapi tiba-tiba tergerak hati untuk menerima permintaan pensyarah aku untuk menjadi fasilitator. Akulah satu-satunya pelajar Program Pelajar Cemerlang yang jadi fasilitator..yang lain tu semua pelajar tahfiz kejuteraan.Jadi agak janggal jugak lah.Entah tak tahu kenapa..tapi selepas dah kenal selama program nie aku jadi ok sangat dengan dieorang.
Dan untuk selama program nie aku rasa seronok sangat jadi fasilitator..Semua perjalanan program berjalan dengan lancar, dan aku juga ditugaskan sekali untuk menjadi pengerusi majlis dan ternyata ia dah sedikit sebanyak membantu aku menghilangkan gemuruh aku bercakap di hadapan khalayak ramai selepas sekian lama tak buat macam tu....huhuhu....aku juga seolah mendapat kesedaran tentang perlunya mendalami islam..yup, ternyata penghayatan aku terhadap islam masih tidak cukup...islam bukan sekadar beribadah, islam bukan sekadar menutup aurat, tetapi islam adalah segala-galanya...
Bagi para penghafaz Al-Quran, aku berharap sangat korang dapat memelihara Hafazan korang..Bukan aku nak menasihat suka-suka jew...Mesti ada yang kata, "Kau apelah sangat nak tegur kiteorg kan"..takpelah aku tak kisah cuma aku cuma nak cakap yang aku jenis yang tak mampu menghafaz sehebat korang semua..Setiap manusia ada kelebihan dan kelemahan masing-masing bukan??Jadi aku pown rasa macam tu. Aku rasa sangat rugi sebab tak mampu nak jadi penghafaz Al-Quran kerana kebanyakan para ulama dan tokoh-tokoh islam semuanya hafaz Al-Quran....jadi antara kunci utama untuk menjadi orang yang berjaya di sepanjang zaman adalah menjadi orang yang menghafaz Al-Quran dan memahaminya...Jadi sangat rugi sekiranya korang melepaskan peluang yang telah Allah sediakan untuk korang ini..Mungkin ini kelebihan dunia..tapi apetah lagi kelebihan di akhirat sana..Masyallah..
Perkongsian kuliah Maulidur Rasul
Hahhh..tiba-tiba aku teringat...waktu nie aku tengah pergi Giant..teringin nak beli makanan untuk bekalan seminggu aku..so dalam perjalanan pulang singgah lah kejap masjid dekat bangi tu..ramai yang panggil masjid tu Masjid Hijau sebab kubah dia warna hijau..jadi aku dengarlah sedikit ceramah pasal Maulidur Rasul..dan ada lah sikit aku buat catatan
Kuliah Maghrib-Isyak (Maulidur Rasul) 28/1/2013
-Cinta dan kasih suatu perkara berbeza
-Cinta bermaksud bagaimana dikau menyayangi sesuatu dengan jujur dan ikhlas
-Kasih bermaksud dikau menyayangi sesuatu kerana kewajipan
-Ramai yang kini hanya mengasihi ibu bapa tetapi tidak mencintai mereka
-"Jika Engkau ingin menjadi Mukmin yang sejati, cintailah Rasulullah lebih dari segalanya bahkan lebih daripada dirimu"
-Jika kita sedari didalam hadis Baginda, Baginda seringkali menggunakan perkataan Cinta bukannya Kasih
-Surah Al Imran: 31
"Katakanlah(Muhammad) ,"Jika Kamu mencintai Allah, ikutilah aku, nescaya Allah mencintaimu dan mengampuni dosa-dosamu." Allah Maha Pengampun, Maha Penyayang"
-Al-Quran sebagai mukjizat agung Rasullullah
-Di zaman turunnya Al-Quran, ketika itu keseniaan bahasa diangkat sebagai suatu kebesaran
-Hebat berbahasa ketika itu maka akan dipandang tinggi masyarakat
-Keunikan bahasa Al-Quran tidak dapat diungkapkan dengan kata-kata
-Surah Al Baqarah(23:24)
23:Dan jika Kamu meragukan (Al-Quran) yang Kami turunkan kepada hamba Kami (Muhammad), maka buatlah satu surah semisal dengannya dan ajaklah penolong-penolongmu selain Allah, jika Kamu orang yang benar.
24:Jika kamu tidak mampu membuatnya dan (pasti) tidak akan mampu, maka takutlah kamu akan api neraka yang bahan bakarnya manusia dan batu yang disediakan bagi orang-orang kafir
-Dan kini, sains dan teknologi pula diangkat sebagai kebesaran
-Pelbagai penemuan ditemui namun telah dibuktikan terlebih dahulu di dalam Al-Quran sejak dahulu lagi
*Kejadian pembentukan manusia
*Air tawar tidak akan bercampur dengan air laut
*Artifak Firaun
*Tamadun Rom
Friday, February 1, 2013
Selingan khutbah jumaat hari ini
-Membuang sikap2 negatif dalam diri seperti riak, sombong, tamak dll
-Perubahan diperlukan demi masa hadapan
-Sikap2 negatif ini perlu diatasi agar generasi yg akan dtg tidak mnjdi lebih truk