Saturday, October 12, 2013

Permulaan Sem II 2013/2014

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat pembaca bagi post ini...Tiada apa sangat yang nak merapu pown.. Alhamdulilah sem 2 bagi tahun pertama sudah pown bermula...Dan segala urusan dipermudahkan selepas beberapa insiden yang agak memeningkan kepala... Kepeningan dan kepenatan tu jelas terasa...Pertama, melibatkan isu penginapan... Sesungguhnya secara ikhlas, saya memang memahami masalah yang dihadapi oleh pihak pengurusan dalam menguruskan kediaman... Namun, notis pemberitahuan yang dijanjikan tak ditunaikan.. Hal ini yang menyebabkan sesetengah pelajar keliru sama ada dia memperolehi penginapan di dalam atau pun tidak.. Yang kasihan nyer, ade beberapa orang pelajar india yang saya terserempak ketika 'check in' bilik utk sahabat saya, tidak diberitahu bahawa mereka tidak memperolehi penginapan ketika pendaftaran.. Kasihan pula mengingatkan peristiwa tersebut... Namun ini satu daripada beberapa kes yang saya ketahui... Banyak yang tidak memperolehi penginapan walaupun tinggal jauh daripada universiti dan paling teruk sekali tiada kenderaan untuk ke kelas...

Kedua, isu rumah sewa.. Memandangkan saya duduk jauh daripada Kajang.. jadi ia menyukarkan sedikit untuk bergerak kesane.. Saya pula sekadar lebih suka menunggang motorsikal untuk kesane... Mudah tetapi memenatkan... Jadi isunya bermula apabila, saya tidak memperolehi rakan untuk tinggal di apartmen berdekatan universiti... Akhirnya saya memilih untuk tinggal agak jauh sedikit daripada universiti tersebut iaitu berada di seri serdang.. Dalam 10 minit jugak nak sampai kelas...tak kesah lah asalkan sewa rumah murah...pepe pown berhati-hati jelah kn..sebab umah sewa tu umah flat..jadi isu motor tu isu normal di umah flat...skru hilang lah, motor hilang lah..Kunci padlock dan disc tu dah jadi amalan kini..walaupun nak rehat kat umah sebentar je...

Ketiga, azam...Memandang duk kena financial blocking..xbleh ler nak tahu result..adatlah kn..tpi nak tahu result tu bleh je... Malas tu menguasai...hehe... tpi Sem 2 ni duk pasang niat dan azam banyak2..Moga peristiwa same tak berulang.... Dah duduk jauh.. So, kekangan dan rintangan tu pown banyak..

Last, doakan saya utk penyertaan saya di dalam Debat Alam Sekitar kelak...ketakutan bangat nie...Yelah, duk target tak dapat main.. sekali kena main untuk swing team...aduhai, redha jelah...

Thursday, September 26, 2013

Sekolah, Rindu nya Saya...

Mari kita renung kembali ke zaman persekolahan kita.....



Pastinya ketika ini segala perasaan bercampur baur bukan,
Sedih, Gembira, Kecewa,
Tak menyangka pengembaraan menuntut ilmu sudah sejauh ini,
Tinggal menggengam segulung ijazah mahupun pengiktirafan,
Bagi yang dalam impiannya mencapai ijazah,
Mungkin ada yang mahukan ke peringkat lebih tinggi,
Seperti memperolehi 'Master' mahupun 'PHD',

Pastinya,
Sedih kerana sudah tidak dapat kembali kepada zaman yang menyeronokkan ini bukan,
Rindu pada kawan-kawan,
Rindu pada guru-guru,
Rindu dimarahi,
Rindu menjadi pengawas, ketua dll,
Rindu berutusan surat..ehemmm,
Rindulah kiranya..
Namun ternyata perkara itu hanya jadi memori,
Untuk diingati ataupun dilupakan,
Sesetengah pihak menganggap ia adalah saat yang paling berharga dan tidak mampu dilupakan,
Jadi memori itu disimpan sebagai penghargaan,
Sesetengah pihak menganggap ia adalah saat yang paling menyeksakan,
Jadi memori itu luput dimamah masa,

Pastinya,
Gembira andai nya memori gembira dapat diputar kembali,
Ya, menikmati saat yang membuatkan kita gembira,
Andai memori itu difilemkan,
Alangkah indahnya bukan..

Pastinya
Kecewa kerna perkara yang ingin kita ubah di saat dahulu tidak mungkin berlaku,
Berlaku jahat kepada rakan-rakan,
Bersikap kurang ajar dengan guru,
Dan sebagainya,
Perkara ini pastinya ingin diubah andai diberi peluang,
Tapi ia mustahilkah???
Diubah pada masa akan datang??
Andainya usaha dan hasrat pasti menjadi bukan..
Mari kita berharap...


Bye-bye Malaysia....


Assalamualaikum dan salam sejahtera... 'bye-bye Malaysia'... hehe mestilah nak jalan-jalan kat luar negara kejap... Memandangkan cuti sem nie, ayah ajak pegi Bandung.. Yang best nyer, nak pegi cari gitar kat sane..Memang tak sabar sebab dah lama teringin nak beli gitar kat sane.

Sebab dulu, ade orang cakap yang gitar kat indonesia antara buatan yang terbaik disebabkan kualiti kayu di sana..Tambahan pulak gitar kat sana dijual dengan harga yang lebih murah..Jadi, untunglah beli kat sane...

Tapi buat masa nie, tak tahu lagi nak beli jenis brand ape sebab ingat tak nak beli brand Yamaha disebabkan teramat common dan bimbang kualiti bunyi gitar yang kita dapat.. Pendek kata takut "Jual Nama"...

Maybe target gitar brand takamine, gibson or fender..Insya allah..

Shopping tu dah semestinya sebab kat sini memang org datang nak shopping pown..kalau tak bukan name nyer datang bandung..

Oklah itu sahaje..nnti balik ke Malaysia pulak citer balik

Tuesday, September 24, 2013

Isu Isteri Mat Yo Dan Pak Guard SkyPark


Assalamualaikum.Memandangkan sekarang cuti sem nie bolehlah banyak menulis sikit.Kalau tak nak baca pown takpe sebab ini sekadar pandangan saya terhadap isu yang berlaku terhadap isteri mat yo dan pak guard.

Isu nya bermula apabila pak guard memberi kebenaran kepada isteri Mat Yo untuk meletakkan kenderaannya di kawasan yang sepatutnya tidak dibenarkan untuk meletakkan kenderaan.Alasannya untuk pergi memberi tiket sebentar.Namun, setelah sekian lama Pak Guard menyuruh isteri MatYO untuk meletakkan kenderaannya di kawasan yang dibenarkan kerana terlalu lama berada di situ.

Namun, isteriMatYo terus berang memaki hamun dan sebagainya sehingga menuduh lelaki tersebut dayus.Kasihan pulak dengarnya.Kini, laporan polis telah dilakukan oleh kedua-dua pihak.

Ini merupakan pandangan saya melalui satu video yang saya tonton sendiri melalui link yang terpapar di fb saya.Tak tahu pulak lepas nie ade ke tak link tu.

Yang pastinya, sebelum kita nak 'backup' mana-mana pihak kita perlu ada maklumat yang secukupnya. Bagi pak guard tu, kasihannya lelaki itu kerana hanya bekerja sebagai pak guard dan dimaki hamun sebegitu ketika melakukan tanggungjawabnya.Biarpun dia tidak mengenali Mat Yo.

Kasihan pulak Mat Yo, selepas nie pasti kredebilitinya sebagai pemain bola sepak sudah tentunya tergugat.

Jadi kita yang sebagai 'orang luar' tak perlulah menyibukkan diri terlebih-lebih untuk perkara sebegini dengan mengeluarkan statement yang melampau-lampau.Laporan polis telah dibuat.Jadi kita tunggu sahaja lah keputusan nya macam mana. Yeee...hehe :)


Keluarga


Dunia kini mengajar kita untuk lupa,
Lupa kepada kedudukan asal,
Lupa untuk memahami perasaan orang lain sebelum mendahulukan perasaan kita,
Lupa untuk mensyukuri dengan apa yang kita ada,
Lupa untuk pelbagai perkara,
Asyiknya kini dengan dunia,
Kadang-kala kita lupa kepada orang yang sangat menyayangi kita,
Seolah-olah kita merasakan dia tidak wujud di dalam kehidupan kita,
Sedar tidak sedar mereka lah yang bersusah payah untuk kita,
Tidak pernah kesah dengan tohmahan mahupun makian,
Namun hina nya pandangan kita terhadap mereka,
Mereka tidak mahukan intan berlian , intan permata, emas bergunung ganang,
Yang mereka mahukan hanyalah sekadar melihat insan yang mereka sayang tersenyum bahagia,
Murni nya kasih sayang mereka,
Tiada yang mampu membalasnya...

Sunday, September 8, 2013

Final Exam Sem I 2013/2014

Assalamualaikum dan salam sejahtera...sekian lama dah tak menaip..especially posting ke blog nie..huhu...bleh tahan lah busy nyer...lagipown dulu tiada laptop..itu yg malas nak post tu..huhuhu..Esok aku dah nak kena amik final exam...final Exam utk first sem bagi degree nie...Masyallah takutnya yg amat.. bukan sebab apa..semua carry mark rendah, tu yg takut tak dpt cgpa yg bgos utk sem nie...tpi rasenyer nak repeat subjek pown ade...hopefully pointer ok...klau tidak sakit jugak nak repeat subjek nie...alahai...Doakan aku dan rakan-rakan bagi exam kali nie...

Thursday, March 7, 2013

Pergi Pertandingan Debat

Assalamualaikum dan salam sejahtera..Harap kalian sihat-sihat belaka

Hari nie saya bercerita sedikit keadaan diri saya.Esok, 8 Mac 2013, saya bersama rakan-rakan seperjuangan saya akan mewakili UNITEN dalam pertandingan Debat Integriti..Seminggu persediaan masih lagi membuatkan hati saya gusar akan kemampuan diri saya untuk bertanding..Pengalaman buat kali pertama ini benar-benar membimbangkan saya..Tatkala di waktu latihan, prestasi saya seolah-olah menyatakan kebimbangan saya...Saya mohon kalian mendoakan kejayaan kami dalam pertandingan ini...Juga saya mohon agar anda mendoakan program rakan saya iaitu Larian Amal The Greatest Wealth Is Health mendapat sambutan daripada masyarakat dan berjalan lancar.

Saturday, March 2, 2013

Forum Amal Perdana Sayonara Jahiliyyah

Assalamualaikum dan salam sejahtera..alhamdulilah Allah masih mengurniakan kudrat dan masa utk saya menyampaikan sedikit sebanyak perkongsian ilmu di sebalik kesibukan yang melanda saya.
Seperti yang tertera, pada 2 mac 2013, saya telah ditakdirkan utk hadir ke forum ini.Keinginan saya nampaknya direalisasikan oleh Allah..Forum ini telah diadakan di IPG KPI di seksyen 9,bangi...Ahli panelnya ialah Ustaz Don, Diana Amir, Hilal Asyraf dan moderator nya ialah Amin Idris.
SELINGAN DARIPADA FORUM INI:-
-jahiliyyah bukan skdr bermaksud bodoh
-Tak akan berzina penzina itu ketika ia sdang beriman, tak akan mencuri pncuri itu tika dia beriman, tak akan minum arak seseorg itu jika ia sedang beriman
-Hijrah bukan sekadar terletak pada satu tarikh sahaja tapi ia adalah setiap masa
-Allah sudah menceritakan segalanya di dalam Al-Quran
-Surah Al-fatt:20
-Kafir maksudnya ingkar..bukan bermaksud bukan islam
-Dengan mengingati allah hati akan tenang
-Dengan mencintai yang dicintai apa yang dia cintai
-Kalau kita nak hijrah kita buat keputusan bukan buat alasan..Insyallah akan hadir sakinah
-Memang ya kejahatan mudah hadir kepada diri kita tapi mudah juga kebaikan hadir disebalik itu
-Zaman kini Allah banyak memudahkan kita, dari segi beramal, dari segi beribadat, dari segi berdakwah dll
-Ayat yang pertama turun bukan menyuruh kita terus beriman tapi kita  perlu membaca
-Kisah Nabi Nuh yang berdakwah bertahun-tahun
-Life is about choices.
-Lebih baik kita terus menerus mencari rahmatNya daripada terus memikirkan dosa2 silam sehingga kita lupa apa yang perlu kita lakukan untuk penghijrahan kita
-Sesungguhnya benda yang baik akan menghapuskan benda yang jahat
-Org yg putus asa ialah org yg kafir
-Hidayah adalah miliknya
-Cara mohonnya ialah cinta kepada Nabi dan.perlu ada melaksankannya
-Kisah pembunuh yang membunuh 100 org yg dlm usaha mencari taubatnya
-Biar mati dalam usaha mencari taubat bukan mati dalam lupa mencari taubat
-Apa perkara yg berlaku berbalik lah kita kepada Alquran dan AsSunnah
-Ubat hati (baca alquran dan makna, berpuasa, duduk dengan org soleh, sembahyang malam,)

Dan juga, ketika sesi bertanya soalan, soalan saya telah dikemukakan kepada ahli panel Hilal Asyraf..Daripada kira-kira 46 soalan yang dikemukan, soalan saya terpilih...alhamdulilah..Pada awalnya saya berharap soalan saya dijawab oleh Ustaz Don, namun perjelasan daripada Hilal Asyraf nampaknya juga turut menjawab persoalan saya iaitu, jika seseorg itu hendak berhijrah tetapi dia masih lagi melakukan perkara kejahilan, bagaimana itu dan apa yg perlu dilakukan?..Jawab beliau, rujuk kembali kepada pembacaan ilmu yg mana ayat yang pertama sekali diturunkan menyuruh kita untuk membaca...beliau turut menegaskan bahawa lebih baik kita mati dalam mengejar taubat berbanding mati dalam lupa mengejar taubat..beliau memetik kisah pembunuh yang membunuh 100 org kerna dalam usaha mencari taubat...
Selepas selesai program keinginan untuk bersalam dengan Hilal Asyraf dan Ustaz Don terbantut kerna ada sesi pengambaran bersama ajk-ajk program..jika hendak menunggu memang tidak pulang ke uniten lah nampaknya..jadi saya pun beransur keluar dari majlis itu..ketika dalam perjalanan untuk keluar baru saya sedar sungguh ramai yang hadir ke program ini terutamanya para golongan wanita..masyallah cantik-cantik belaka...sukar untuk digambarkan..benarlah apa yang diperkatakan..andai dipelihara permata itu maka menyinar lah ia..perempuan itulah permatanya...jadi saya cepat-cepat pergi ke motorsikal saya...kalau tidak , terpukau dibuatnya melihat permata-permata tu..huhu..harap-harap bakal isteri saya juga seperti itu..amin..hehe
Jadilah begitulah sahaja penceritaan saya untuk program forum ini.Sesungguhnya andai terdapat kesilapan dalam penulisan saya, tegurlah..saya bukanlah insan yang sempurna dalam aspek agama ini dan lain-lain..insyallah teguran itu dapat saya manfaatkan..dan segala kebenaran yang disampaikan itu sesungguhnya daripada Yang Esa...saya ini cuma pengantara sahaja... Moga berjumpa di lain masa..Insyallah..Tingkatkan takwa mantapkan iman...Assalamualaikum:)


Debat Integriti 2013

Assalamualaikum dan salam sejahtera..hari ini saya ingin berkongsi sedikit perkembangan saya..untuk pengetahuan semua, saya telah diberitahu bahawa saya terpilih menjadi wakil uniten bagi debat integriti yang bakal diadakan di UTHM pada 8-11 mac 2013..hati dah gentar...mana tidaknya..pengalaman tiada dan persediaan yang kurang mantap agak mengusarkan saya...ini adalah pertandingan debat pertama saya di universiti dan saya masih lagi menjadi pelajar asasi..lawan saya kebanyakannya adalah yang berpengalaman, petah bercakap, hebat dalam menganalisis, dan lain-lain...moga Allah memudahkan perjalanan hidup ini sebagaimana Dia memudahkan saya sebelum-sebelum ini..aminn...Assalamualaikum

Thursday, February 28, 2013

Selingan khutbah jumaat 1 mac 2013:-

Masjid Uniten, :-
-kisah abu zhar menghina Bilal kerna kehitamannya
-Surah Al Baqarah ayat 86
-Takbur dan sombong adlah sikap yg perlu dhpuskn utk mndapat keredhaan Allah
-Hapuskan sikap ini bgi mengelakkan kita dari dicela Allah ketika hari pmbicaraan
-Sikap sombong mmbuatkan kita mmdang rendah pada org lain
-Contohnya sikap sombong Firaun
-Sikap sombong mmbuatkn kita menolak kebenaran shingga merasakan kita lbih mulia dri kbnaran
-Kebenaran adalah hak mutlak Allah biarpun ia datang dri pelbagai saluran
-Tidak akan masuk syurga org yg didalam hatinya sikap sombong biarpun sebesar zarah
-Sesungguhnya sombong itu ialah menghina org lain dan menolak kbenaran
-Sesungguhnya Allah menyukai perkara2 yang indah dan cantik
-Org yg sombong diktekn akan dbangkitkan di bawah telapak org yg dia hina dahulu
-Apabila kita merendahkn diri kita kerna Allah , maka Allah mengangkat diri nya kelak
-Pilihlah perkataan yang baik untuk diperkatakan
-Sikap2 buruk itu hanya membawa kita kepada kehancuran

Thursday, February 21, 2013

Selingan khutbah jumaat pada hari ini

-Batu yang keras pun mampu dbntuk namun skrnya mmbntuk hati jika kerasnya lagi bbnding btu
-Surah AlBaqarah: 74
-Allah menyuruh kita melihat alam sekitar dlm merenung kpade kebesaranNya
-Surah Al-imran :190-191
-Kita ialah khalifah di alam ini
-Khalifah yang mengatur segala pengurusan di alam ini
-Islam memuliakan alam sekitar
-Nabi melarang kita mencemarkn alam sekitar
-Kini, azab kita diterima lantaran keegoaan kita merosakkan alam sekitar
-Jgn kita beralasan dengan perkara yang kita mampu lakukan
-Allah sangat menyukai kebajikan, kebersihan, murah hati
-alam kini menderita..derita mereka membawa azab kepada kita
-Haiwan yg kecil mampu mendatangkan azab kepada ribuan manusia
-Meseg ujian Allah melalui nyamuk
-Surah Al-Rum :41
-Allah mendatangkan sedikit azab kepada kita sbg peringatan kerna ada azab yang lebih besar menanti kita kerna kemurkaan kita
-Dunia tercemar kerna iman yg tercalar
-umat islam kini kurang sensitif terhadp isu kebersihan
-Surah Al-Mudasir :1-5
-Semua memainkan peranan dlm mmberi peringatan
-Allah tidak mngubah suatu kaum melainkan kaum itu yang mengubah diri mereka sndiri

Saturday, February 16, 2013

renungan selepas menonton 'Suamiku Jururawat'

Assalamualaikum dan Salam sejahtera...

Semalam aku ada menonton telemovie tak silap cerita 'Suamiku Jururawat'...perjalanan cerita dia best..penuh komedi jugak lah...kalau bagi yang rasa cerita nie tak kelakar, its ok sebab org berlainan citarasa kan???huhuhu..ada moral jugak citer nie kalau ditelusuri betul-betul..huhuhu..yup, antaranya kita takkan tahu bila masa kita akan benar-benar menyayangi dan mencintai seseorang....kadang-kadang orang yang paling benci tu jugak boleh menjadi orang yang paling kita tak nak hilang...dan senakal-nakal seseorang tu tak bermakna dia sengaja menyakat..mungkin mudah jew kita nak melabel seseorang..tapi sebenarnya kita perlu melihat perbuatan dia terlebih dahulu..mungkin ada mesegnyer

Fasilitator unruk Program Pembangunan Huffaz

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Pada 9hb Februari -11hb Februari 2013, aku terlibat menjadi fasilitator bagi Program Pembangunan Huffaz bagi pelajar tahfiz kejuteraan Uniten. Pada asalnya, aku bercadang untuk pulang ke Ipoh kerana nak menghabiskan cuti beberapa hari bersama keluarga tapi tiba-tiba tergerak hati untuk menerima permintaan pensyarah aku untuk menjadi fasilitator. Akulah satu-satunya pelajar Program Pelajar Cemerlang yang jadi fasilitator..yang lain tu semua pelajar tahfiz kejuteraan.Jadi agak janggal jugak lah.Entah tak tahu kenapa..tapi selepas dah kenal selama program nie aku jadi ok sangat dengan dieorang.
Dan untuk selama program nie aku rasa seronok sangat jadi fasilitator..Semua perjalanan program berjalan dengan lancar, dan aku juga ditugaskan sekali untuk menjadi pengerusi majlis dan ternyata ia dah sedikit sebanyak membantu aku menghilangkan gemuruh aku bercakap di hadapan khalayak ramai selepas sekian lama tak buat macam tu....huhuhu....aku juga seolah mendapat kesedaran tentang perlunya mendalami islam..yup, ternyata penghayatan aku terhadap islam masih tidak cukup...islam bukan sekadar beribadah, islam bukan sekadar menutup aurat, tetapi islam adalah segala-galanya...
Bagi para penghafaz Al-Quran, aku berharap sangat korang dapat memelihara Hafazan korang..Bukan aku nak menasihat suka-suka jew...Mesti ada yang kata, "Kau apelah sangat nak tegur kiteorg kan"..takpelah aku tak kisah cuma aku cuma nak cakap yang aku jenis yang tak mampu menghafaz sehebat korang semua..Setiap manusia ada kelebihan dan kelemahan masing-masing bukan??Jadi aku pown rasa macam tu. Aku rasa sangat rugi sebab tak mampu nak jadi penghafaz Al-Quran kerana kebanyakan para ulama dan tokoh-tokoh islam semuanya hafaz Al-Quran....jadi antara kunci utama untuk menjadi orang yang berjaya di sepanjang zaman adalah menjadi orang yang menghafaz Al-Quran dan memahaminya...Jadi sangat rugi sekiranya korang melepaskan peluang yang telah Allah sediakan untuk korang ini..Mungkin ini kelebihan dunia..tapi apetah lagi kelebihan di akhirat sana..Masyallah..

Perkongsian kuliah Maulidur Rasul

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Hahhh..tiba-tiba aku teringat...waktu nie aku tengah pergi Giant..teringin nak beli makanan untuk bekalan seminggu aku..so dalam perjalanan pulang singgah lah kejap masjid dekat bangi tu..ramai yang panggil masjid tu Masjid Hijau sebab kubah dia warna hijau..jadi aku dengarlah sedikit ceramah pasal Maulidur Rasul..dan ada lah sikit aku buat catatan

Kuliah Maghrib-Isyak (Maulidur Rasul) 28/1/2013

-Cinta dan kasih suatu perkara berbeza
-Cinta bermaksud bagaimana dikau menyayangi sesuatu dengan jujur dan ikhlas
-Kasih bermaksud dikau menyayangi sesuatu kerana kewajipan
-Ramai yang kini hanya mengasihi ibu bapa tetapi tidak mencintai mereka
-"Jika Engkau ingin menjadi Mukmin yang sejati, cintailah Rasulullah lebih dari segalanya bahkan lebih daripada dirimu"
-Jika kita sedari didalam hadis Baginda, Baginda seringkali menggunakan perkataan Cinta bukannya Kasih
-Surah Al Imran: 31
"Katakanlah(Muhammad) ,"Jika Kamu mencintai Allah, ikutilah aku, nescaya Allah mencintaimu dan mengampuni dosa-dosamu." Allah Maha Pengampun, Maha Penyayang"
-Al-Quran sebagai mukjizat agung Rasullullah
-Di zaman turunnya Al-Quran, ketika itu keseniaan bahasa diangkat sebagai suatu kebesaran
-Hebat berbahasa ketika itu maka akan dipandang tinggi masyarakat
-Keunikan bahasa Al-Quran tidak dapat diungkapkan dengan kata-kata
-Surah Al Baqarah(23:24)
23:Dan jika Kamu meragukan (Al-Quran) yang Kami turunkan kepada hamba Kami (Muhammad), maka buatlah satu surah semisal dengannya dan ajaklah penolong-penolongmu selain Allah, jika Kamu orang yang benar.
24:Jika kamu tidak mampu membuatnya dan (pasti) tidak akan mampu, maka takutlah kamu akan api neraka yang bahan bakarnya manusia dan batu yang disediakan bagi orang-orang kafir
-Dan kini, sains dan teknologi pula diangkat sebagai kebesaran
-Pelbagai penemuan ditemui namun telah dibuktikan terlebih dahulu di dalam Al-Quran sejak dahulu lagi
*Kejadian pembentukan manusia
*Air tawar tidak akan bercampur dengan air laut
*Artifak Firaun
*Tamadun Rom

Friday, February 1, 2013

Selingan khutbah jumaat hari ini

-Membuang sikap2 negatif dalam diri seperti riak, sombong, tamak dll
-Perubahan diperlukan demi masa hadapan
-Sikap2 negatif ini perlu diatasi agar generasi yg akan dtg tidak mnjdi lebih truk

Thursday, January 24, 2013

Selingan khutbah jumaat

-Nabi muhammad hadir utk mnyampaikn kpde mnusia akan ancaman hari kiamat
-Sambutan hari kelahiran baginda sangat baik dan tidak bertentangan dengan ajaran agama Islam
-Sambutan bukan sahaja sekali dlm setahun dalam memperingati baginda malah perlulah memperbanyakkan selawat kepadanya
-Ciri2 pengikut rasulullah
*bertindak tegas kepada org kafir
*berpegang teguh pada rukun islam dn rukun iman
*mengasihani sesama muslim
*beribadah dan sujud padaNya dlm mnghrpkan limpahan rahmatNya
*hati jiwa yg sentiasa tenang biarpun keadaan sekeliling serabut
-Mari kita mengikuti apa yg  Rasulullah dlm memperoleh syafaat baginda dan memperoleh keredhaan daripadaNya

Wednesday, January 23, 2013

Sem 3

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat pengunjung blog ini..terima kasih kerna sudi hadir..hehe..yup cuti sem ku semakin melabuhkan tirai..dan aku dah nk dekat sem 3.. Hah perancangan baru...Mcm2 lah..tpi xthu nak wat ke tak..Aku masih lagi rsa sedih nie..Yelah xdpt apa yg kita usahakan..humm..maybe ade hikmah..mungkin Dia tak nak bagi sbb Dia takut aku xnk stdy dh nnti..n Dia suka tgok aku berusaha macam tu kot..yg penting tutup buku dan bukak buku baru lagi..ntah buku ke berapa ntah..takpe..at least bagiku, ade jgak teringin di hati nie nk berubah...mcm kita nk mohon taubat lah..aku pernah dgr Ustaz Dr.Asri cakap "Biarpun dikau tergelincir dri landasan Dia masih menerima taubatmu jika dikau ikhlas kepadaNya kerna Dia sangat sygkn hambaNya" itu selingan jelah..bukan sebijik-bijik ler..aku bukan tape recorder..huhu..aku hrap sngt dpt capai impian aku..smbung degree kt uniten, dpt pointer baek, keja dan berbakti kepada keluarga..humm jauh jgak matlamat ni..takpe ade usaha adeler rezeki nyer..insyallah..doakan aku eik..:)

Kesedihan diKala Ujian

Lena malam yg masih belum menjenguk
Kerdipan mata tampak sayu nmun masih bermaya
Kelu resah dslubungi kesedihan
Tanpa bicara yg mmpu menerangkn

Skali lagi ia dtg
Skali lagi ia mnguji
Ksbran, tekad dan kesungguhan perjuangan

Ku sesali kegagalan ini
Ku cari khilaf di balik perbuatan silam
Ku mohon taubat
Ku bermuhasabah
Moga tirai kejayaan dpt ku buka kelak
Dan snyum tawa org tuaku dpt ku tatap

Result diterima

Salam...sebelum tu nk ucap salam maulidur rasul kepada semua yg mmbca blog ini...moga salam ini menjadi peringatan kepada kita agar mengingati baginda yg tidak pernah melupakan kita sbg umatnya..

Owh ye, berbalik pada tujuan asal..rsult?? Alahai, sem 2 nie xde rezeki skli lagi utk dpt pointer yg baik..makin jatuh..cuma jatuhnya kurang ler bbnding org lain..alhamdulilah dgn sgala ktentuannya..tpi susah gk nk terima..usaha yg dtaburkn xterkira..mase maen gitar aku kurangkn..aku xbwak laptop..aku dh kurangkn dgn lmn sosial..aku kurngkn meseg..bykkn bersenam...tapi mungkin..

Ilmu aku bljr xberkat..aku mengumpat...aku kurang ibadah...maksiat yg byk...kurang latihan or salah teknik belajar...

Pepepown aku kena kembali kepada azam aku semula..tidak menjadi yg mudah putus asa..kembali merancang dan mngatur semula..mungkin betul ckp mak aku, aku dh kurang ibadah..lmbt solat..kurang bce AlQuran..byk lupe ayat hafazan...kurang selawat dn tasbih..Ya Allah ampunkn dosa hmbaMu ini...

Monday, January 21, 2013

Soalan

Kebanyakan kawan2 aku sekarang mostly dia akan tanya dua soalan nie kt aku
Yang pertama, "Amir, ko minat dia an kenapa ko tak bgitau jew"
Yang kedua, "Amir dia minat ko kut knape ko xminat balek dia"
Perit gak bgi aku nk jawab..yelah but hati sukar nk tafsir..even hati aku sndri pown susah nak tafsir..huhu...buat masa nie jawapan yg aku mampu bagi ialah aku xbersedia...yelah, aku stdy pown tunggang langgang..ekonomi pown tunggang langgang..haha..btw, aku bukan jenis suka fikirkan dri aku bila dah start fikir kt org lain..tu yg mls.tu..aku dah byk kehilangan kwn hanya kerana perasaan...aku xbersedia utk hilang kawan lagi itu jew...hidup single memang ler snyi skit...tpi nk wat camner itu lah yg terbaek..huhu

Cerita patah seribu

Yup cuti ini dipenuhi dengan movie dan telemovie utkku..yelah mne taknya bosan xde pepe nk wat...ok stop...nie kisah telemovie patah seribu..my comment??? Hahah..btw watak yg dipegang oleh masing2 sangat sesuai...tpi shila hamzah berlakon mcm budak2 lah tgoknya...blur n comel..hahaha...yg laen gangster per sume terbaek.lah..at least ending dia xder sbb die kena bunuh but mostly sbb dia sndiri yg dah skit...huhu..kasihan..bgi aku cerita dia sedih sngt..mne aku dpt thu ada cerita nie??? Member2 aku yg suggest kt aku..first2 tu mcm bosan jew...tpi ble dah smpi tgh..rasa nk thu makin memuncak..tu yg best..huhu

Pintaku

Nie pown antara luahan yg aku wat kat kertas jew..

Daku tahu,
Diriku tidak sama,
Kadang kala indah
Namun berlatar duka
Dan kadangkala tampak sempurna
Namun sebenarnya
Temberang semata-mata
Wahai sahabat
Hidup ini bermuka-muka
Ada benar dan ada palsu sahaja
Dikau sahabat
Harus tabah bijak dan sabar
Meniti likuan itu
Agar tidak terpesong
Dari kiblat kebenaran
Pintaku Sahabat
Janganlah dikau jatuh
Tatkala pedang menikam dikau
Baik dari harapan mahupun dari belakangmu
Namun dikau harus bangkit
Menentang pedang kejatuhanmu itu
Kerna sesungguhnya
Sahabatmu ini sentiasa ada membantumu

Hummm..ntah lah dah x snggup nk tulis..haha

Permohonan dariku

Karya ni aku wat rse2 nyer wktu f3 kut..maybe..

Keliru menyelubungi diriku
Kehadirannya secara tiba2,
Tatkala hati tidak mahu menerima
Namun dirimu cuba menggoda
Cuba, cuba dan terus mencuba
Ternyata itu hanyalah hasutan syaitan durjana
Ku harapkan dirimu mampu mengawal nafsu yang bergelora
Ku panjangkan doa agar Engkau kuat menghadapinya
Aku tidak mahu persahabatan kita terputus akibat gelora cinta yang masih muda
Aku tidak mahu harapan org2 tersayang di sisi kita kecewa melihat perubahan hidup kita
Aku cuma mahu engkau kuat dan tabah dalam menempuhi dugaan
Dan aku mahu suatu hari nanti
Bersama-sama kita mencapai matlamat serta impian yang selama ini di dalam khayalan
Insyallah..dengan rahmatNya dan ketentuanNya

Haha...part last xsnggup nk tulis...nie pown aku dah tergelak habis...

Karya lama

Assalmualaikum dan salam sejahtera...hah, nie ade citer skit..pagi nie aku kemas2 skit bilik n terjumpa lah beberapa karya lama..lepas nie aku post...klau korg bce first inspiration konfem gelak, geli hati, ketawa..yelah,.pelik kut..haha...actually, karya nie aku wat skdar utk mnggantikan bnda2 yg skar nk diluahkn..dn bhase dia xder lah menarik sangat sbb..mklom ler bdk2 lagi..aiceh...haha...

Thursday, January 17, 2013

Selingan khutbah jumaat hari ini

-Pnggunaan istilah Allah perlu dilihat dgn keadaan negara terlebih dahulu
-Adakah kita mmpu mngmbalikan kesucian agama kita andai kita lemah dn sering bersengketa?
-Kemaslahatan umat islam perlu diutamakan
-Lafaz pnggunaan kalimah Allah hnyalah utk Islam
-Org2 yg bukan islam dilarang mnggunakan kalimah Allah utk sbrng tujuan penyiaran( majlis fatwa perak)

Monday, January 14, 2013

cinta vlog?????

assalamualaikum....yup cuti nie aku selesai menonton telemovie cinta vlogg lakonan alif aziz n wawa zainal..yup, nampk sweet wawa zainal dalam cerita nie..mak aku kata dia nie memang antara pelakon yg xperlukan make up byk2...natural beauty katekan..huhuhuu..btw jalan citer agak menarik cuma aku kadang2 ade part macam tergantung skit...tapi ramai comment best jew...kut aku yg salah fham dgn jalan citer nie..hehehe....pepe, pown suka watak madihah dalam citer nie...

kosong

Assalamualaikum...Sebenarnya sudah lama tak berisi laman blog pasal kisah hidupku...ntah, kenapa..xde mood kut..maybe..hehehe..BTW, kini aku sedang holiday..holiday for sem 2 aku...hummm, actually xthu nak wat pew lah cuti nie..2 minggu yg agak membosankan..without my lovely gitar,,,member2 plak ramai tgh stdy lagi..alahai, bosan yg amat...huhuuhu..sape2 yg rasa nk ajak aku kuar tu bleh gk..ok jew..hehehe...yg penting area ipoh jew ler..klau sarawak ke kelantan tu...mati kutu gak ler aku nk kuar..hahaha...yg pasti phone sdah xberdering lagi..klau dulu bukan maen berdering nyer..pantang biar jew..konfem berdering..ada hikmah kut...maybe...klau tak xde nyer org kte setiap perkara yg terjadi ada hikmah disebaliknya an..huhuuu..alahai, sape yg aku mksudkn nie..biarlah rahsia bak kata dato siti kita kan...hehehe...teramat sulit utk diceritakan..hehe....dah ingin aku penuhi masa cuti ku ini dgn movie n blog..huhuhuh :)

Thursday, January 10, 2013

Selingan khutbah jumaat pada hari ini

-Sbnar-bnar takwa mmpu mndpt kslmatan dunia dn akhirat
-Wjib utk bljr fardu ain
-Frdu ain mlbatkn rukun iman dn rukun islam
-Menuntut ilmu itu wajib bagi setiap muslim
-perlu juga utk mnuntut ilmu frdu kifayah
-Ilmu yg bguna ialah ilmu yg diredhaiNya iaitu ilmu yg bmfaat
-Ilmu yg tak berguna hanya membawa kpada kmurkaanNya
-Ilmu membaca Al Quran juga perlu
-Perlunya mmperbetulkan bacaan
-Bukan skdar mmbcanya malah turut perlu difahami mksudnya
-Sesungguhnya AlQuran itu membawa kita ke jalan yg lebih lurus
-Seorg suami btnggungjwab kepada kluarga dan isterinya dn dia akan ditanya tanggungjawabnya
-Dusta itu menarik ke arah maksiat dn maksiat itu menarik ke arah neraka

Thursday, January 3, 2013

Selingan khutbah jumaat

-Sambutan thun masihi sbnrnya utk mnyambut hari kelahiran nabi isa
-Sambutan yg aslnya mnymbut klhiran nabi kini bertentangan dengan apa yg septtnya kerna dpnuhi maksiat, arak, pergaulan tnpa batasan.dll
-Byk serbuan dn tngkpn dlakukan melihatkan lelaki dan perempuan bersetubuh di mlm sambutan thun baru
-Sambutan nyer kini lari dari landasan syarak
-sepatutnya sambutan thun baru dpnuhi dengan muhasabah diri
-Mari kita mmperbetulkan apa yg kita silap