Monday, February 3, 2014

Cerita gitarku


Assalamualaikum dan salam sejahtera.. Alhamdulilah syukur kepada kurniaan Ilahi untuk kehidupan ini... Hari ni nak berbicara mengenai gitar...Pelik rasanya kerana sudah nak dekat 2 tahun di dalam benda-benda nie baru terfikir nak cerita...huhu...Mungkin tiba-tiba terlintas nak cerita sebab dalam perancangan nak membeli gitar baru...Gambar-gambar di bawah adalah perancangan saya untuk memiliki nya iaitu Fender CD-60 ECE dan Ibanez AW 250 ECE... 

Fender CD 60 CE all Mohagany


Ibanez AW 250 ece
Sebenarnya ketika di bangku sekolah rendah lagi minat pada musik nie dah ade sebab ketika saya belajar di Sekolah Kebangsaan Sungai Rapat saya didedahkan dengan pembelajaran musik sebagai subjek elektif dan belajar bermain rekoder. Saya bukanlah seorang yang berjiwa seni apatah lagi musikal tapi kerana minat saya rajin berlatih untuk keseronokan jiwa saya. Dan ketika cikgu ingin memilih utk melakukan persembahan rekoder, saya dan beberapa rakan lelaki yang turut meminati ingin menyertainya.Namun hasrat kami tak berpanjangan disebabkan ramai yang menyertai untuk persembahan itu ialah dari golongan perempuan.. Lelaki ketika itu lebih meminati kearah sukan dan lain-lain ..Untuk persembahan itu , lelaki yang ingin menyertainya hanyalah dalam 5 org sahaja..Mungkin barangkali malu, kami tidak mahu untuk menyertai persembahan tersebut.Dan minat saya untuk bermain alat musik ini semakin lama semakin hilang..

Fender CD 60 CE all Mohagany

Fender CD 60 CE 

Ibanez AW 250 ece

Ketika melangkah ke SMK Anderson di tingkatan 1-3.. minat musik saya hanyalah lebih kepada mendengar sahaja.. Kerana ketika itu saya menganggap bermain alat musik seperti gitar khasnya lebih kepada berbentuk band dan musiknya lebih kepada indie, metal, hardcore dan banyak lagi...Sudah tentunya tidak sesuai dengan jiwa saya yang sentimental...
Ketika di tingkatan 4-5 iaitu di MRSM Merbok, minat saya kepada gitar bermula pada akhir tingkatan 5 iaitu sebelum peperiksaan SPM. Sebelum itu, minat saya tidak muncul kerana sering sibuk dengan aktiviti sekolah yang tiada hentinya. Minat ini bermula apabila rakan sebilik saya, seorang pemain gitar. Saya mula bermain dan belajar sedikit demi sedikit mengenai chord dan cara bermainnya.Pada awalnya memang sukar dan seringkali mengaku kalah. Namun disebabkan minat, saya terus bermain.
Ketika di tengah musim peperiksaan SPM, cikgu sekolah rendah saya menelefon memberitahu ade diadakan bengkel asas belajar gitar. Seolah-olah mengetahui akan minat saya, saya terus membeli sebuah gitar 'Palmer' berharga 110 dan mengikuti kelas gitar tersebut selepas peperiksaan SPM.
Sepanjang cuti sekolah selepas SPM, asyik dengan berlatih bermain gitar sampai telinga nia dah penat leteran ibu bapa..hehe beselah tak ramai ibu bapa yang suka anak dia bermain alat musik sampai lupa dunia..Lagu pertama yang saya belajar ialah Lagu Kau Ilhamku dan Lagu Najwa Latif Cinta muka Buku..
Ketika di PLKN, saya turut berjumpa dengan rakan-rakan yang bermain gitar. Rakan saya seorang bernama Fendi bnyk bagi galakan supaya saya tak berhenti. Memang sukar dalam mempelajari musik katanya. Teringat jugak kate seorang rakan yang mengkritik strumming pattern saya tak betul dan sebagainya...Mungkin kerana itu, saya berlatih bersungguh-sungguh utk tidak dikritik sebegitu lagi.
Kini, rakan serumah saya turut bermain alat musik dan banyak kelemahan saya perbaiki melalui kritikan mereka..Ya jika kita memandang kritikan sebagai suatu bentuk positif tak mustahil untuk kita berjaya..Yang penting usaha dan tiada putus asa.
Itu sahaja untuk kali ini...

Thursday, January 30, 2014

Tahun 2014



Assalamualaikum dan salam sejahtera..alhamdulilah kini diberikan sedikit kelapangan untuk menaip... Manakan tidak.. di awal tahun 2014 yang sepatutnya menjadi saat perancangan bagi saya di sepanjang 2014 terpaksa ditunda buat sementara berikutan menghadapi peperiksaan akhir sem 2 bagi tahun pertama... Kini, selesai jua peperiksaan tersebut.Jangan ditanya mampu atau tidak menjawabnya sebab apabila memperolehi kertas peperiksaan diibaratkan menjerit tiada suara.. perumpamaan ciptaan sendiri..hehe..

Menjelang 2014 ini, nampak nya bagi yang seusia dengan saya, sudah tentunya sudah merasa sedikit kematangan dalam kehidupan.. Ya, menjelang 2014 ini bermakna saya sudah berusia 20 tahun.. Fikiran dan perbuatan seharusnya lebih matang dan bijak berbanding sebelumnya..Kerana sedikit demi sedikit masa berlalu menunjukkan kita lebih mengerti apa yang kita perlu lakukan.

Usia 20 tahun, pelbagai perkara yang bermain di fikiran, pelajaran, perhubungan, halatuju kehidupan, keperluan, kewangan, negara dan lain-lain lagi... Bagi saya, pelbagai perkara melibatkan orang lain dan negara seharusnya semua perlu memainkan peranan paling kurang pown mengambil tahu. Kadang-kala jika seorang rakan anda seringkali berbicara mengenai politik tidak bermakna dia seorang yang terlampau taksub dan obses dengan sebuah kepartiaan..kadang-kala dia sudah penat dengan permainan kehidupan yang hanya melihat politik semata-mata...

Tidak perlu dihuraikan dengan lebih panjang mengenai politik, kerana saya sememangnya mengetahui setiap manusia berbeza pendapat..Jadi ruangan saya ini bukannya medan perdebatan, ini hanya sekadar ruangan isi rasa saya semata-mata.

Azam 2014 , tidak lagi dirangka.. Ada yang kata saat berusia 20 tahun ini sudah tentu perlu mula mencari teman hidup kerana di saat kamu kerja kamu hanya bimbangkan kerjaya kamu berbanding dgn siapa kamu ingin hidup semati.. Bagi saya itu bukan persoalannya, persoalannya ialah adakah awak sudah bersedia memikul beban itu??? adakah ilmu fardu ain dan fardu kifayah itu sudah kamu ketahui?? dan adakah niatmu utk bersamanya adalah untuk mengahwini nyer atau sekadar pemuas nafsu dan borak bicara semata-mata??? ya, sudah tentunya awak tak nak menambahkan masalah remaja dan perosak bangsa yg kian bernanah di negara ini bukan..Jika benar awak sayanginya , berusahalah utk memperbetulkan diri terlebih dahulu...Bimbang jika tidak bersedia kelak..Banyak lagi perkara yang perlu difikirkan..

Tahun ini nampak nya akan menjadi tahun kesibukan seperti biasa. Ya, saat berbicara mengenai kesibukan ia tidak pernah tamat..di saat sekolah sehingga kini..kadang-kadang makan pown dilupakan...moga segalanya dipermudahkan


Saturday, October 12, 2013

Permulaan Sem II 2013/2014

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat pembaca bagi post ini...Tiada apa sangat yang nak merapu pown.. Alhamdulilah sem 2 bagi tahun pertama sudah pown bermula...Dan segala urusan dipermudahkan selepas beberapa insiden yang agak memeningkan kepala... Kepeningan dan kepenatan tu jelas terasa...Pertama, melibatkan isu penginapan... Sesungguhnya secara ikhlas, saya memang memahami masalah yang dihadapi oleh pihak pengurusan dalam menguruskan kediaman... Namun, notis pemberitahuan yang dijanjikan tak ditunaikan.. Hal ini yang menyebabkan sesetengah pelajar keliru sama ada dia memperolehi penginapan di dalam atau pun tidak.. Yang kasihan nyer, ade beberapa orang pelajar india yang saya terserempak ketika 'check in' bilik utk sahabat saya, tidak diberitahu bahawa mereka tidak memperolehi penginapan ketika pendaftaran.. Kasihan pula mengingatkan peristiwa tersebut... Namun ini satu daripada beberapa kes yang saya ketahui... Banyak yang tidak memperolehi penginapan walaupun tinggal jauh daripada universiti dan paling teruk sekali tiada kenderaan untuk ke kelas...

Kedua, isu rumah sewa.. Memandangkan saya duduk jauh daripada Kajang.. jadi ia menyukarkan sedikit untuk bergerak kesane.. Saya pula sekadar lebih suka menunggang motorsikal untuk kesane... Mudah tetapi memenatkan... Jadi isunya bermula apabila, saya tidak memperolehi rakan untuk tinggal di apartmen berdekatan universiti... Akhirnya saya memilih untuk tinggal agak jauh sedikit daripada universiti tersebut iaitu berada di seri serdang.. Dalam 10 minit jugak nak sampai kelas...tak kesah lah asalkan sewa rumah murah...pepe pown berhati-hati jelah kn..sebab umah sewa tu umah flat..jadi isu motor tu isu normal di umah flat...skru hilang lah, motor hilang lah..Kunci padlock dan disc tu dah jadi amalan kini..walaupun nak rehat kat umah sebentar je...

Ketiga, azam...Memandang duk kena financial blocking..xbleh ler nak tahu result..adatlah kn..tpi nak tahu result tu bleh je... Malas tu menguasai...hehe... tpi Sem 2 ni duk pasang niat dan azam banyak2..Moga peristiwa same tak berulang.... Dah duduk jauh.. So, kekangan dan rintangan tu pown banyak..

Last, doakan saya utk penyertaan saya di dalam Debat Alam Sekitar kelak...ketakutan bangat nie...Yelah, duk target tak dapat main.. sekali kena main untuk swing team...aduhai, redha jelah...

Thursday, September 26, 2013

Sekolah, Rindu nya Saya...

Mari kita renung kembali ke zaman persekolahan kita.....



Pastinya ketika ini segala perasaan bercampur baur bukan,
Sedih, Gembira, Kecewa,
Tak menyangka pengembaraan menuntut ilmu sudah sejauh ini,
Tinggal menggengam segulung ijazah mahupun pengiktirafan,
Bagi yang dalam impiannya mencapai ijazah,
Mungkin ada yang mahukan ke peringkat lebih tinggi,
Seperti memperolehi 'Master' mahupun 'PHD',

Pastinya,
Sedih kerana sudah tidak dapat kembali kepada zaman yang menyeronokkan ini bukan,
Rindu pada kawan-kawan,
Rindu pada guru-guru,
Rindu dimarahi,
Rindu menjadi pengawas, ketua dll,
Rindu berutusan surat..ehemmm,
Rindulah kiranya..
Namun ternyata perkara itu hanya jadi memori,
Untuk diingati ataupun dilupakan,
Sesetengah pihak menganggap ia adalah saat yang paling berharga dan tidak mampu dilupakan,
Jadi memori itu disimpan sebagai penghargaan,
Sesetengah pihak menganggap ia adalah saat yang paling menyeksakan,
Jadi memori itu luput dimamah masa,

Pastinya,
Gembira andai nya memori gembira dapat diputar kembali,
Ya, menikmati saat yang membuatkan kita gembira,
Andai memori itu difilemkan,
Alangkah indahnya bukan..

Pastinya
Kecewa kerna perkara yang ingin kita ubah di saat dahulu tidak mungkin berlaku,
Berlaku jahat kepada rakan-rakan,
Bersikap kurang ajar dengan guru,
Dan sebagainya,
Perkara ini pastinya ingin diubah andai diberi peluang,
Tapi ia mustahilkah???
Diubah pada masa akan datang??
Andainya usaha dan hasrat pasti menjadi bukan..
Mari kita berharap...


Bye-bye Malaysia....


Assalamualaikum dan salam sejahtera... 'bye-bye Malaysia'... hehe mestilah nak jalan-jalan kat luar negara kejap... Memandangkan cuti sem nie, ayah ajak pegi Bandung.. Yang best nyer, nak pegi cari gitar kat sane..Memang tak sabar sebab dah lama teringin nak beli gitar kat sane.

Sebab dulu, ade orang cakap yang gitar kat indonesia antara buatan yang terbaik disebabkan kualiti kayu di sana..Tambahan pulak gitar kat sana dijual dengan harga yang lebih murah..Jadi, untunglah beli kat sane...

Tapi buat masa nie, tak tahu lagi nak beli jenis brand ape sebab ingat tak nak beli brand Yamaha disebabkan teramat common dan bimbang kualiti bunyi gitar yang kita dapat.. Pendek kata takut "Jual Nama"...

Maybe target gitar brand takamine, gibson or fender..Insya allah..

Shopping tu dah semestinya sebab kat sini memang org datang nak shopping pown..kalau tak bukan name nyer datang bandung..

Oklah itu sahaje..nnti balik ke Malaysia pulak citer balik

Tuesday, September 24, 2013

Isu Isteri Mat Yo Dan Pak Guard SkyPark


Assalamualaikum.Memandangkan sekarang cuti sem nie bolehlah banyak menulis sikit.Kalau tak nak baca pown takpe sebab ini sekadar pandangan saya terhadap isu yang berlaku terhadap isteri mat yo dan pak guard.

Isu nya bermula apabila pak guard memberi kebenaran kepada isteri Mat Yo untuk meletakkan kenderaannya di kawasan yang sepatutnya tidak dibenarkan untuk meletakkan kenderaan.Alasannya untuk pergi memberi tiket sebentar.Namun, setelah sekian lama Pak Guard menyuruh isteri MatYO untuk meletakkan kenderaannya di kawasan yang dibenarkan kerana terlalu lama berada di situ.

Namun, isteriMatYo terus berang memaki hamun dan sebagainya sehingga menuduh lelaki tersebut dayus.Kasihan pulak dengarnya.Kini, laporan polis telah dilakukan oleh kedua-dua pihak.

Ini merupakan pandangan saya melalui satu video yang saya tonton sendiri melalui link yang terpapar di fb saya.Tak tahu pulak lepas nie ade ke tak link tu.

Yang pastinya, sebelum kita nak 'backup' mana-mana pihak kita perlu ada maklumat yang secukupnya. Bagi pak guard tu, kasihannya lelaki itu kerana hanya bekerja sebagai pak guard dan dimaki hamun sebegitu ketika melakukan tanggungjawabnya.Biarpun dia tidak mengenali Mat Yo.

Kasihan pulak Mat Yo, selepas nie pasti kredebilitinya sebagai pemain bola sepak sudah tentunya tergugat.

Jadi kita yang sebagai 'orang luar' tak perlulah menyibukkan diri terlebih-lebih untuk perkara sebegini dengan mengeluarkan statement yang melampau-lampau.Laporan polis telah dibuat.Jadi kita tunggu sahaja lah keputusan nya macam mana. Yeee...hehe :)


Keluarga


Dunia kini mengajar kita untuk lupa,
Lupa kepada kedudukan asal,
Lupa untuk memahami perasaan orang lain sebelum mendahulukan perasaan kita,
Lupa untuk mensyukuri dengan apa yang kita ada,
Lupa untuk pelbagai perkara,
Asyiknya kini dengan dunia,
Kadang-kala kita lupa kepada orang yang sangat menyayangi kita,
Seolah-olah kita merasakan dia tidak wujud di dalam kehidupan kita,
Sedar tidak sedar mereka lah yang bersusah payah untuk kita,
Tidak pernah kesah dengan tohmahan mahupun makian,
Namun hina nya pandangan kita terhadap mereka,
Mereka tidak mahukan intan berlian , intan permata, emas bergunung ganang,
Yang mereka mahukan hanyalah sekadar melihat insan yang mereka sayang tersenyum bahagia,
Murni nya kasih sayang mereka,
Tiada yang mampu membalasnya...