Assalamualaikum dan salam sejahtera buat pembaca bagi post ini...Tiada apa sangat yang nak merapu pown.. Alhamdulilah sem 2 bagi tahun pertama sudah pown bermula...Dan segala urusan dipermudahkan selepas beberapa insiden yang agak memeningkan kepala... Kepeningan dan kepenatan tu jelas terasa...Pertama, melibatkan isu penginapan... Sesungguhnya secara ikhlas, saya memang memahami masalah yang dihadapi oleh pihak pengurusan dalam menguruskan kediaman... Namun, notis pemberitahuan yang dijanjikan tak ditunaikan.. Hal ini yang menyebabkan sesetengah pelajar keliru sama ada dia memperolehi penginapan di dalam atau pun tidak.. Yang kasihan nyer, ade beberapa orang pelajar india yang saya terserempak ketika 'check in' bilik utk sahabat saya, tidak diberitahu bahawa mereka tidak memperolehi penginapan ketika pendaftaran.. Kasihan pula mengingatkan peristiwa tersebut... Namun ini satu daripada beberapa kes yang saya ketahui... Banyak yang tidak memperolehi penginapan walaupun tinggal jauh daripada universiti dan paling teruk sekali tiada kenderaan untuk ke kelas...
Kedua, isu rumah sewa.. Memandangkan saya duduk jauh daripada Kajang.. jadi ia menyukarkan sedikit untuk bergerak kesane.. Saya pula sekadar lebih suka menunggang motorsikal untuk kesane... Mudah tetapi memenatkan... Jadi isunya bermula apabila, saya tidak memperolehi rakan untuk tinggal di apartmen berdekatan universiti... Akhirnya saya memilih untuk tinggal agak jauh sedikit daripada universiti tersebut iaitu berada di seri serdang.. Dalam 10 minit jugak nak sampai kelas...tak kesah lah asalkan sewa rumah murah...pepe pown berhati-hati jelah kn..sebab umah sewa tu umah flat..jadi isu motor tu isu normal di umah flat...skru hilang lah, motor hilang lah..Kunci padlock dan disc tu dah jadi amalan kini..walaupun nak rehat kat umah sebentar je...
Ketiga, azam...Memandang duk kena financial blocking..xbleh ler nak tahu result..adatlah kn..tpi nak tahu result tu bleh je... Malas tu menguasai...hehe... tpi Sem 2 ni duk pasang niat dan azam banyak2..Moga peristiwa same tak berulang.... Dah duduk jauh.. So, kekangan dan rintangan tu pown banyak..
Last, doakan saya utk penyertaan saya di dalam Debat Alam Sekitar kelak...ketakutan bangat nie...Yelah, duk target tak dapat main.. sekali kena main untuk swing team...aduhai, redha jelah...
Saturday, October 12, 2013
Thursday, September 26, 2013
Sekolah, Rindu nya Saya...
Mari kita renung kembali ke zaman persekolahan kita.....
Pastinya ketika ini segala perasaan bercampur baur bukan,
Sedih, Gembira, Kecewa,
Tak menyangka pengembaraan menuntut ilmu sudah sejauh ini,
Tinggal menggengam segulung ijazah mahupun pengiktirafan,
Bagi yang dalam impiannya mencapai ijazah,
Mungkin ada yang mahukan ke peringkat lebih tinggi,
Seperti memperolehi 'Master' mahupun 'PHD',
Pastinya,
Sedih kerana sudah tidak dapat kembali kepada zaman yang menyeronokkan ini bukan,
Rindu pada kawan-kawan,
Rindu pada guru-guru,
Rindu dimarahi,
Rindu menjadi pengawas, ketua dll,
Rindu berutusan surat..ehemmm,
Rindulah kiranya..
Namun ternyata perkara itu hanya jadi memori,
Untuk diingati ataupun dilupakan,
Sesetengah pihak menganggap ia adalah saat yang paling berharga dan tidak mampu dilupakan,
Jadi memori itu disimpan sebagai penghargaan,
Sesetengah pihak menganggap ia adalah saat yang paling menyeksakan,
Jadi memori itu luput dimamah masa,
Pastinya,
Gembira andai nya memori gembira dapat diputar kembali,
Ya, menikmati saat yang membuatkan kita gembira,
Andai memori itu difilemkan,
Alangkah indahnya bukan..
Pastinya
Kecewa kerna perkara yang ingin kita ubah di saat dahulu tidak mungkin berlaku,
Berlaku jahat kepada rakan-rakan,
Bersikap kurang ajar dengan guru,
Dan sebagainya,
Perkara ini pastinya ingin diubah andai diberi peluang,
Tapi ia mustahilkah???
Diubah pada masa akan datang??
Andainya usaha dan hasrat pasti menjadi bukan..
Mari kita berharap...
Bye-bye Malaysia....
Assalamualaikum dan salam sejahtera... 'bye-bye Malaysia'... hehe mestilah nak jalan-jalan kat luar negara kejap... Memandangkan cuti sem nie, ayah ajak pegi Bandung.. Yang best nyer, nak pegi cari gitar kat sane..Memang tak sabar sebab dah lama teringin nak beli gitar kat sane.
Sebab dulu, ade orang cakap yang gitar kat indonesia antara buatan yang terbaik disebabkan kualiti kayu di sana..Tambahan pulak gitar kat sana dijual dengan harga yang lebih murah..Jadi, untunglah beli kat sane...
Tapi buat masa nie, tak tahu lagi nak beli jenis brand ape sebab ingat tak nak beli brand Yamaha disebabkan teramat common dan bimbang kualiti bunyi gitar yang kita dapat.. Pendek kata takut "Jual Nama"...
Maybe target gitar brand takamine, gibson or fender..Insya allah..
Shopping tu dah semestinya sebab kat sini memang org datang nak shopping pown..kalau tak bukan name nyer datang bandung..
Oklah itu sahaje..nnti balik ke Malaysia pulak citer balik
Tuesday, September 24, 2013
Isu Isteri Mat Yo Dan Pak Guard SkyPark
Assalamualaikum.Memandangkan sekarang cuti sem nie bolehlah banyak menulis sikit.Kalau tak nak baca pown takpe sebab ini sekadar pandangan saya terhadap isu yang berlaku terhadap isteri mat yo dan pak guard.
Isu nya bermula apabila pak guard memberi kebenaran kepada isteri Mat Yo untuk meletakkan kenderaannya di kawasan yang sepatutnya tidak dibenarkan untuk meletakkan kenderaan.Alasannya untuk pergi memberi tiket sebentar.Namun, setelah sekian lama Pak Guard menyuruh isteri MatYO untuk meletakkan kenderaannya di kawasan yang dibenarkan kerana terlalu lama berada di situ.
Namun, isteriMatYo terus berang memaki hamun dan sebagainya sehingga menuduh lelaki tersebut dayus.Kasihan pulak dengarnya.Kini, laporan polis telah dilakukan oleh kedua-dua pihak.
Ini merupakan pandangan saya melalui satu video yang saya tonton sendiri melalui link yang terpapar di fb saya.Tak tahu pulak lepas nie ade ke tak link tu.
Yang pastinya, sebelum kita nak 'backup' mana-mana pihak kita perlu ada maklumat yang secukupnya. Bagi pak guard tu, kasihannya lelaki itu kerana hanya bekerja sebagai pak guard dan dimaki hamun sebegitu ketika melakukan tanggungjawabnya.Biarpun dia tidak mengenali Mat Yo.
Kasihan pulak Mat Yo, selepas nie pasti kredebilitinya sebagai pemain bola sepak sudah tentunya tergugat.
Jadi kita yang sebagai 'orang luar' tak perlulah menyibukkan diri terlebih-lebih untuk perkara sebegini dengan mengeluarkan statement yang melampau-lampau.Laporan polis telah dibuat.Jadi kita tunggu sahaja lah keputusan nya macam mana. Yeee...hehe :)
Keluarga
Lupa kepada kedudukan asal,
Lupa untuk memahami perasaan orang lain sebelum mendahulukan perasaan kita,
Lupa untuk mensyukuri dengan apa yang kita ada,
Lupa untuk pelbagai perkara,
Asyiknya kini dengan dunia,
Kadang-kala kita lupa kepada orang yang sangat menyayangi kita,
Seolah-olah kita merasakan dia tidak wujud di dalam kehidupan kita,
Sedar tidak sedar mereka lah yang bersusah payah untuk kita,
Tidak pernah kesah dengan tohmahan mahupun makian,
Namun hina nya pandangan kita terhadap mereka,
Mereka tidak mahukan intan berlian , intan permata, emas bergunung ganang,
Yang mereka mahukan hanyalah sekadar melihat insan yang mereka sayang tersenyum bahagia,
Murni nya kasih sayang mereka,
Tiada yang mampu membalasnya...
Sunday, September 8, 2013
Final Exam Sem I 2013/2014
Assalamualaikum dan salam sejahtera...sekian lama dah tak menaip..especially posting ke blog nie..huhu...bleh tahan lah busy nyer...lagipown dulu tiada laptop..itu yg malas nak post tu..huhuhu..Esok aku dah nak kena amik final exam...final Exam utk first sem bagi degree nie...Masyallah takutnya yg amat.. bukan sebab apa..semua carry mark rendah, tu yg takut tak dpt cgpa yg bgos utk sem nie...tpi rasenyer nak repeat subjek pown ade...hopefully pointer ok...klau tidak sakit jugak nak repeat subjek nie...alahai...Doakan aku dan rakan-rakan bagi exam kali nie...
Thursday, March 7, 2013
Pergi Pertandingan Debat
Assalamualaikum dan salam sejahtera..Harap kalian sihat-sihat belaka
Hari nie saya bercerita sedikit keadaan diri saya.Esok, 8 Mac 2013, saya bersama rakan-rakan seperjuangan saya akan mewakili UNITEN dalam pertandingan Debat Integriti..Seminggu persediaan masih lagi membuatkan hati saya gusar akan kemampuan diri saya untuk bertanding..Pengalaman buat kali pertama ini benar-benar membimbangkan saya..Tatkala di waktu latihan, prestasi saya seolah-olah menyatakan kebimbangan saya...Saya mohon kalian mendoakan kejayaan kami dalam pertandingan ini...Juga saya mohon agar anda mendoakan program rakan saya iaitu Larian Amal The Greatest Wealth Is Health mendapat sambutan daripada masyarakat dan berjalan lancar.
Hari nie saya bercerita sedikit keadaan diri saya.Esok, 8 Mac 2013, saya bersama rakan-rakan seperjuangan saya akan mewakili UNITEN dalam pertandingan Debat Integriti..Seminggu persediaan masih lagi membuatkan hati saya gusar akan kemampuan diri saya untuk bertanding..Pengalaman buat kali pertama ini benar-benar membimbangkan saya..Tatkala di waktu latihan, prestasi saya seolah-olah menyatakan kebimbangan saya...Saya mohon kalian mendoakan kejayaan kami dalam pertandingan ini...Juga saya mohon agar anda mendoakan program rakan saya iaitu Larian Amal The Greatest Wealth Is Health mendapat sambutan daripada masyarakat dan berjalan lancar.
Subscribe to:
Posts (Atom)

